26.8.10

PENCEMARAN ALAM SEKITAR,


         Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara.Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat.Bak kata pepatah”di telan mati emak di luah mati bapa”.
       
       Antara punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi.Pencemaran ini terjadi tanpa diduga oleh masyarakat.Ini kerana pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi,ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya.Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat.Sebagai contah apabila berlakunya letusan gunung berapi,secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti asma,batuk,paru-paru,penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya.Oleh itu,semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini.Mereka seharusnya tidak mengamalkan sikap “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”
          Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap yang kritikal adalah disebabkan tangan manusia sendiri.Pada kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara,air,tanah,bunyi dan radiasi.Kesan terhadap pencemaran alam sekitar sudahpun disebarkan melalui media massa namun manusia”durjana”yang tidak mencintai alam memandang “enteng” terhadap permasalahan pencemaran alam sekitar.Sifat materialistik yang ada dalam masyarakat pada hari ini juga sukar untuk kita mengurangi masalah pencemaran di atas muka bumi ini.Oleh yang demikian pihak yang berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlulah membuat pemantauan di sesuatu kawasan bagi menjaga alam sekitar ini bersama.Selain itu,semua golongan masyarakat perlulah sedar akan kepentingan alam sekitar terhadap mereka.
    
                 Asap-asap kilang dan kenderaan boleh diwartakan sebagai punca-punca pencemaran udara.Ini disebabkan oleh asap-asap hitam yang keluar dari kilang dan kenderaan boleh mengakibatkan asap-asap tersebut terperangkap di ruang udara.Selain itu,terdapat juga gas-gas yang beracun seperti gas monoksida yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan tertutup.Sejenis lagi bahan yang boleh dihasilkan oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak terutama kanak-kanak.Selain itu,manusia juga turut menerima udara yang tidak segar untuk menarik nafas.Ini menimbulkan ketidakselesaan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian.Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran udara yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab amat memberi kesan terhadap seluruh masyarakat.Oleh itu,kerajaan perlulah melakukan kempen dan memantau industri  perkilangan untuk mereka mendapat kefahaman yang hakiki tentang kepentingan udara kepada masyarakat.
  
               Air merupakan komponen yang utama dalam kehidupan seharian namun masih ramai lagi yang”buta”terhadap kepentingan air tersebut.Antara pencemaran yang dilakukan terhadap air ialah pembuangan sisa toksik,sampah sarap,barangan pepejal,dan sebagainya ke dalam sungai-sungai yang berdekatan.Apabila pencemaran ini dilakukan terhadap sungai tersebut,airnya akan bertukar warna menjadi warna cokelat ataupun merah hati.Selain itu,pencemaran air laut pula seperti tumpahan minyak oleh kapal-kapal dagang.Sebagai contoh di Selat Johor pelanggaran  kapal di situ mengakibatkan minyak tertumpah.Kedua-dua punca di atas akan mengakibatkan organisma laut terhapus iaitu mengurangkan habitat laut. Hal ini kerana pencemaran ini menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurangkan pembiakan makanan laut.Selain itu,habitat burung juga akan terancam.Oleh itu,pihak kerajaan seperti penguatkasa undang-undang memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini.Sebagai contoh,laluan kapal di selat johor terdapatnya pelanggaran sehingga menyebabkan kapal tangki minyak tersebut bocor,laluan lain perlu disediakan bagi melicinkan pentadbiran maritim dan juga mengelakkan kejadian sedemikian berulang.
    
                 Menurut peraturan pemerintah R1 NO150 tahun 2000 tenteng pengendalian kerosakan tanah untuk produk bio massa, tanah merupakan satu komponen lapisan teratas kerak bumi yang terdiri daripada bahan mineral dan bahan organik serta mempunyai sifat fizik,kimia dan mempunyai kemampuan untuk memanjang kehidupan manusia dan makhluk hidup dan sebagainya.Pembuangan sampah dan sisa-sisa industri perkilangan menyebabkan bau busuk di sesuatu kawasan tertentu.Hal ini kerana terdapat reaksi kimia yang menghasilkan gas yang tertentu.Penggunaan pestisida juga mematikan tanaman dan juga mikrooroganisma yang berguna di dalam tanah,padahal kesuburan tanah bergantung kepada jumlah organisma di dalamnya.Oleh itu,langkah seperti mengurangkan pengguanaan bahan sintetik dan pelbagai bahan kimia perlulah dilakukan bagi mengatasi masalah ini.Selain itu,kita seharusnya menanamkan sikap merasa jijik terhadap pencemaran yang boleh mengakibatkan rumah kita berbau busuk,kotor serta berasap.Hal ini,haruslah diterapkan dalam diri setiap individu bagi sama-sama membenteras pencemaran tanah yang semakin berleluasa ini.
         Pencemaran bunyi dapat diertikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memekakkan telinga dan boleh menganggu ketenteraman awam.Hal ini berlaku apabila pengeluaran bunyi di tempat yang tidak sesuai.Sebagai contoh industri perkilangan besi mengeluarkan bunyi bising di kawasan penempatan penduduk.Pencemaran bunyi bising kebiasaannya melebihi 80 desibel(db).Aktiviti seperti kawasan pembinaan rumah,bunyi akan dikeluarkan apabila cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat oleh pembinaan tanah yang tinggi.Pencemaran ini juga menyebabkan orang awam tidak dapat melakukan sesuatu dan berfikir dengan tenang.Kesannya,masyarakat setempat akan wujud pelbagai penyakit,gangguan psikologi,menjejaskan produktiviti,hilang imbangan diri,pekak dan kehamilan seseorang.Oleh itu,industri perkilangan haruslah ditempatkan pada jarak yang jauh dari kawasan penginapan masyarakat agar dapat mengelakkan gangguan yang tersebut.Selain itu,majikan industri perkilangan haruslah peka terhadap kebajikan masyarakat yang perlu diambil kira sebelum  beroperasi.Gangguan seperti ini akan menyebabkan masyarakat mengambil tindakan untuk mendapatkan hak mereka.
      
                  Radiasi adalah salah satu sel-sel elektronik seperti bateri,computer,kalkulator,bahan-bahan kimia yang telah diolah dan sebagainya.Pencemaran radiasi adalah disebabkan oleh debu radioaktif akibat terjadinya ledakan reaktor-reaktor atom serta bom atom.Pencemaran radioaktif seperti nuklear adalah sangat merbahaya dalam kehidupan sekelilingnya seperti radiasi alpha,beta,dan gamma.Ini kerana pencemaran radiasi tersebut boleh menyebabkan sel-sel dalam badan rosak.Selain itu,apabila sesebuah kawasan terkena bom atom tanah tidak boleh dijadikan sebagai kawasan pertanian.Ini juga mengakibatkan satu sumber ekonomi dunia telah lenyap.Terdapat pelbagai kesan terhadap masyarakat iaitu masyarakat akan mengalami pening kepala,berat badan menurun,hilang selera makan,peningkatan denyutan  nadi atau jantung dan sebagainya.Oleh itu,pihak yang tertentu memainkan peranan yang penting dalam hal ini.Ini kerana pencemaran radiasi tersebut meninggalkan kesan jangka yang panjang terhadap masyarakat.
           Bumi adalah satu-satunya yang boleh menghidupkan ekosistem dan organisma secara bebas.Kita seharusnya menjaga alam kurniaan tuhan ini dengan sebaik mungkin.Sepatutnya kita melahirkan sifat keprihatinan kita terhadap alam sekitar dengan mencintainya dan rasa hormat atas sumbangan yang diberikan.Menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar,ini sudah cukup menandakan kita bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita seterusnya membolehkan kita semua untuk menghirup udara dan bekalan air yang bersih.Penglibatan  Jabatan alam sekitar dalam melaksanakan tanggungjawab hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih dan menarik mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat   bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

nukilan oleh,
SITI AINNUTFAH BINTI JAMALLUDIN
208774

PENCEMARAN RADIOAKTIF,

            
                  Logo bentuk bilah kipas berlatar belakang warna kuning dan gambar api yang tertera pada belakang lori membawa muatan bahan kimia cecair member amaran kepada kita bahawa ia adalah bahan berbahaya. Setiap kali ternampak objek ini, terlintas di fikiran kemungkinan berlaku letupan dahsyat sekiranya berlaku kesilapan teknikal atau kenderaan berkenaan terbabit dalam kemalangan sekaligus akan menyebabkan pencemaran radioaktif. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, pencemaran boleh didefinisikan sebagai perbuatan mencemarkan atau mengotorkan manakala radioaktif boleh ditakrifkan  sebagai bahan (MIS URANIUM, RADIUM dan lain-lain) yang menghasilkan sinar (ALFA, GAMMA, BETA yang sangat kuat dan berbahaya).

                Terdapat empat jenis radiasi yang perlu diberi perhatian iaitu alfa, beta, gamma dan neutron. Setiap jenis radiasi memerlukan bentuk perlindungan yang berbeza  kerana ia menunjukkan sifat dan kesan yang pelbagai. Sebagai contoh, radiasi alfa tidak dapat menembusi kulit dan mampu disekat dengan hanya menggunakan sehelai kertas, bagaimanapun, ia sangat sensitif dan mampu mengundang bahaya kepada paru-paru. Beta pula dapat menembusi badan manusia tetapi tidak mampu menembusi lapisan kertas aluminium. Begitu juga gamma yang mampu menembusi badan manusia tetapi sinarannya yang lebih kuat memerlukan beberapa meter plumbum atau konkrit untuk menyekat penembusannya. Manakala neutron, biasanya berlaku di dalam reaksi nuklear dan mampu menembusi plumbum dan konkrit.   

 
           
           Di dalam buku “Radioactive Releases in the Environment : Impact and Assessment” yang dikarang oleh John R. Cooper, menyebut bahawa beberapa industri moden terutamanya yang membabitkan penghasilan tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran yang sangat tinggi berbanding industri lain. Kebanyakan produk industri perlu melalui proses radiasi selain sifat semulajadi bahan utama yang membahayakan. Tanpa disedari, setiap hari kita banyak terdedah kepada produk yang mengandungi bahan radioaktif namun kesannya tidak ketara pada tempoh permulaan yang tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal. Misalnya, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang, jangka suhu dan bahan kosmetik.   
            Jika terdedah kepada bahan radioaktif dalam jangka masa yang panjang, bahan tersebut  boleh memberi impak yang serius terhadap pengguna. Sinar-X yang kita perlu jalani semasa membuat pemeriksaan kesihatan turut memberi kesan yang membahayakan. Sinar-X adalah sinar gamma yang menunjukkan kesan yang lebih ketara berbanding sinaran lainnya. Jadi, pakar perubatan sering mencadangkan bahawa ujian sinar-X hanya boleh dilakukan enam bulan sekali dan tidak dibenarkan sama sekali dijalankan ke atas wanita mengandung. Sinar tersebut mampu membunuh sel dalam badan terutamanya sel yang baru terbentuk. Hal ini dikhuatiri akan menjejaskan struktur bayi dalam kandungan. Walaubagaimanapun, terdapat juga bahan radioaktif yang digunakan sebagai bahan perubahan atau dikenali sebagai rawatan kemoterapi. Contohnya, radium digunakan untuk merawat kanser pejal. Jika digunakan secara kerap mampu memusnahkan tisu tumor dalam badan pesakit.

           
              Di dalam laman web Wikipedia, The Free Encyclopedia pernah mengisahkan kesengsaraan rakyat di negara Jepun yang berdepan dengan pencemaran bahan radioaktif yang bermula pada tahun 1950. Sejarah hitam yang tersimpan di Bandar Toyama di Pulau Honshu, Chubu adalah apabila bandar tersebut diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran kadmium dalam sistem perairan. Kadmium ialah bahan saduran dan bahan utama yang digunakan dalam industri pembuatan bateri, merupakan sisa sampingan toksik yang berpunca dari aktiviti perlombongan sebuah syarikat yang melombong perak, plumbum, zink, dan kuprum untuk kegunaan industri. Sikap tidak bertanggungjawab syarikat Kamioka Mines telah meninggalkan kesan yang menyedihkan terhadap masyarakat setempat. Penyakit ‘Itai-itai’, sejenis penyakit yang menyebabkan badan pesakit akan menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang selain membantutkan fungsi buah pinggang yang beperanan sebagai penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah. Itai merupakan perkataan Jepun iaitu sakit. Oleh kerana pesakit sering menggunakan perkataan ini untuk menggambarkan kesengsaraan mereka, Itai digunakan untuk menamakan penyakit tersebut.

 Berdasarkan panduan daripada Uranium Information Centre Limited (UIC), sisa radioaktif terdiri daripada pelbagai jenis elemen yang memerlukan cara pengendalian dan pengurusan yang berbeza. Sisa radioaktif boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu pada tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Tahap rendah merupakan sisa dari hospital, makmal dan industri seperti industri tenaga nuklear, manakala tahap sederhana mengandungi lumpur kimia, komponen reaktor dan resin. Sisa pada tahap tinggi pula terdiri daripada sisa bahan api yang telah digunakan dan eleman berat yang mempunyai tahap radioaktif yang tinggi. Jumlah dan jenis bahan radioaktif akan mempengaruhi kandungan jenis sisa. Pengurusan sisa radioaktif juga adalah berdasarkan tempoh masa ia kekal sebagai bahan berbahaya sehingga menemui satu jangka waktu yang dipanggil separuh hayat. Dalam tempoh berkenaan, bahan radioaktif akan mengurai sedikit demi sedikit sehingga keadaannya  stabil dan tidak membahayakan. Proses ini akan memakan masa dari beberapa saat kepada jutaan tahun bergantung kepada isotopnya.

Sebelum dibebaskan ke alam sekitar, sisa bahan radioaktif juga perlu dirawat terutamanya semasa masih berada di dalam makmal. Makmal juga perlu diklasifikasikan mengikut jenis dan tujuan bahan yang digunakan. Peralatan yang digunakan juga perlu dipantau dari masa ke masa. Pengendali haruslah melengkapkan diri dengan peralatan yang dikhaskan seperti sarung tangan, penghadang dan peralatan amaran, dan juga memastikan tangan dicuci sebelum meninggalkan makmal. Panduan yang disediakan oleh Occupational Safety and Health, University of Delaware menegaskan, bahan radioaktif yang ingin digunakan perlulah dikendalikan di kawasan yang ditetapkan selepas diluluskan oleh Pegawai Keselamatan Radiasi. Sisa radioaktif juga perlu dikumpulkan dalam bekas yang ditetapkan sebelum dihantar untuk menjalani rawatan sisa oleh badan yang telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja.
 Natijahnya, bahan radioaktif ialah penemuan manusia yang menakjubkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penemuan bahan radioaktif adalah penemuan yang sangat penting dan menakjubkan. Bahan ini dimajukan untuk kegunaan dan kemajuan manusia. Namun, kita hendaklah ingat bahawa bahan ini juga mendatangkan keburukan jika disalahgunakan seperti pembangunan senjata nuklear. Jadi semua pihak haruslah bekerjasama dan mengetahui peranan masing-masing untuk membendung masalah ini supaya fenomena ini dapat diatasi.

nukilan oleh,
MELISSA SUMA ANAK GILBERT
208787

24.8.10

KESAN RUMAH HIJAU,


Fenomena rumah hijau bukanlah satu fenomena asing di negara ini . Fenomena ini terjadi kesan daripada peningkatan suhu bumi yang tidak terkbihi tahap normal . Rumah hijau bolehlah didefinasikan sebagai rumah kaca yang diperbuat daripada plastic yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal . Haba dari cahaya matahari menembusi struktur luksinar akan memanaskan tumbuh – tumbuhan dan tanah di dalamnya .Fenomena rumah hijau ini bukan sahaja mengancam kehidupan manusia sejagat malahan juga merosakkan tumbuh – tumbuhan di muka bumi ini .

 Antara faktor terjadinya fenomena rumah hijau adalah apabila komposisi gas – gas seperti karbon dioksida , karbon monoksida , dan juga nitrogen dioksida melebihi tahap normal. Apabila suhu gas – gas ini meningkat , molekul – molekul yang mempunyai gas – gas haba akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba . Menurut APEC gas metana adalah seperti karbon dioksida apabila terperangkapdi dalam haba di lapisan atmosfera. Disamping itu , penebangan hutan secara tidak terkawal juga mampu memburukkan lagi fenomena rumah hijau ini . statistic menunjukkan pembersihan hutan telah menyebabkan pembebasan kira – kira 25% karbon dioksida di atmosfera menerusi pembakaran dan penebangan pokok yang medi mana ia boleh membabitkan 34 juta hektar hutan setiap tahun. Kehilangan hutan tropika sekaligus menyebabkan pembebasan beratus juta tan karbon dioksida ke atmosfera setiap tahun. Hutan di kawasan yang beriklim sederhana turut mengalami kemusnahan di mana ia boleh menyerap sebanyak 2 billion tan karbon dioksida setiap tahun . Sebagai contohnya , kawasan Siberia telah kehilangan hampir 10 juta hektar hutan setahun akibat daripada aktiviti pembakaran hutan yang tidak terkawal ini .Pembangunan yang tidak dirancang turut menyumbang kepada permasalahan fenomena rumah hijau ini.

Antara kesan daripadanya berlakunya fenomena rumah hijau ini adalah terjadinya pencairan ais di masa berlakunya perubahan ais di artik dan antartika. Secara keseluruhannya, benua ini mengandungi lautan artik, Greeanland, Pulau Baffin, Pulau Kecil Utara, dan bahagian Utara Eropah, Russia, Alaska, dan Kanada. Pada pertengahan musim sejuk, matahari tidak terbit sehingga suhu turun sehingga -50 darjah. Pada musim panas pula, kawasan lebih selatan menerima cahaya matahari 24 jam sehari lalu menyebabkan keadaan ais dan bahagian tanah atas mencair. Ini seterusnya mewujudkan pecahan bongkah ais yang hanyut ke bahagian utara yang lebih sejuk ke selatan. Kesan yang kedua adalah berlakunya penggurunan. Penggurunan bermaksud degradasi di tanah yang usang. Penggurunan berlaku apabila terjadinya pertambahan permintaan populasi dalam penanaman tumbuh – tumbuhan dan penternakan haiwan . selain itu, penyalahgunaan tanah pada musim kemarau yang berterusan akan memburukkan lagi keadaan ini.

Beberapa langkah segera perlu difikirkan bagi mengatasi masalah ini dari terus berlanjutan. Antara langkah yang difikirkan sesuai bagi mengatasi permasalahan rumah hijau ini adalah dengan melaksanakan pertanian lestari. Langkah ini dilakukan bagi mengatasi pembebasan gas rumah hijau. Pertanian lestari ini banyak bergantung kepada bahan semulajadi menggunakan flora dan fauna yang terdapat dalam tanah. Pada tahun 1997, protocol Kyoto telah dirundingkan bertujuan untuk mendesak negara industri untuk mengambil langkah yang perlu bagi menguragkan pencemaran udara yang akan memburukkan lagi kesan rumah hijau ini. Masyarakat hari ini juga perlulah mengambil inisiatif untuk mengehadkan penggunaan bahan CFC atau Kloroflorokarbon buatan manusia yang digunakan dalam peralatan seperti peti sejuk dan bahan – bahan pelarut. Penggunaan CFC secara tidak langsung meningkatkan kadar penyingkiran ozon dan seterusnya menyebabkan suhu bumi meningkat.

Secara kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam membanteras isu global yang kian meruncing ini bagi menghalang lebih ramai lagi nyawa manusia menjadi korban. Kita sudan tentulanh merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap dan berdebu. Konsep ini seharusnya diperkembangkan dengan menganggap bumi ini sebagai rumah kita. Diharapkan agar pihak – pihak berwajib mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi bumi ini dari terus menjadi mangsa kerakusan manusia yang tidak bertanggunjawab.

nukilan oleh,
NURSYAFIQA AFWANI BINTI TARMIZI
208760

20.8.10

BANJIR KILAT,

          Secara umumnya, banjir kilat boleh di definisikan sebagai satu fenomena alam yang terjadi akibat daripada kerakusan perbuatan manusia.Fenomena ini di katakan satu fenomena yang amat dahsyat apabila meragut ribuan nyawa.Banjir kilat kebiasaannya berlaku di kawasan-kawasan bandar seperti Kuala Lumpur,Shah Alam,Kota Bharu,Georgtown dan sebagainya.Statistik menunjukkan,jumlah kadar kematian akibat terjadinya bencana alam khasnya banjir kilat adalah meningkat setiap tahun khasnya melibatkan nyawa kanak-kanak.Oleh itu,Perdana Menteri Malaysia,Datuk Sri Najib Bin Tun Abdul Razak menyeru semua pihak khasnya penduduk di negeri-negeri yang di kenalpasti berpotensi besar di landa banjir untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan terjamin apabila tibanya musim banjir kilat melanda.

             Faktor-faktor terjadinya banjir antaranya ialah aktiviti penebangan hutan yang tidak terkawal.Apabila kawasan hutan di terokai permukaan bumi menjadi gondol akibat tidak diliputi oleh sebarang tumbuh-tumbuhan.Natijahnya hujan lebat yang melanda akan menyebabkan hakisan tanih terjadi dan tanih akan menjadi tandus.Hujan yang lebat akan menyebabkan tanih-tanih yang terhakis dibawa ke dalam sungai dan berlakunya mendapan sungai seterusnya membawa kepada masalah banjir akibat sungai menjadi cetek.


Selain itu, proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan dipermodenkan. Kawasan tanah rendah ditebus guna dengan mengambil tanah daripada kawasan bukit.Hal ini menyebabkan sungai yang berdekatan ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Jika dahulu anak sungai dijadikan kawasan aliran air, kini tersekat.Hujan yang lebat akan menyebabkan sungai yang cetek tidak dapat menampung jumlah air yang banyak akibat hakisan.Natijahnya,air sungai akan melimpah ke tebing dan banjir akan terjadi.Contohnya,faktor berlakunya banjir di klang ialah apabila sungai Klang tidak lagi dapat menampung air yang banyak akibat kedalaman sungai yang semakin cetek di sebabkan proses pembandaran.Contohnya,pembinaan pusat membeli belah terkemuka Tesco diMergong mengundang konflik apabila dikenalpasti mendatangkan masalah kapada kawasan tanah perkuburan berdekatan.
                   Faktor yang seterusnya yang menyebabkan terjadinya banjir kilat ialah sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah dimerata tempat termasuklah didalam longkang.Longgokan sampah yang banyak menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan tersekat.Air tidak dapat mengalir dengan lancar akibat dihalang oleh sampah.natijahnya,apabila musim hujan,air tidak dapat mengalir terus ke sungai berdekatan malah lebih merumitkan keadaan apabila berlakunya banjir.kawasan berdekatan juga akan turut sama terjejas.Contohnya,penduduk-penduduk yang tinggal dikawasan luar bandar,kesedaran akan kesan akibat pembuangan sampah dimerata tempat adalah kurang,jadi mereka memilih alternatif mudah iaitu dengan hanya membuang sampah kedalam longkang dan sebagainya tanpa mengira akibat daripada perbuatan mereka.

                    Jadi langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil untuk mengelakkan kejadian ini terus berulang dan mengancam nyawa bukan sahaja manusia malah seluruh makhluk alam,aktiviti penebangan hutan secara besar-besaran haruslah segera dihentikan.Pihak yang bertanggungjawab haruslah segera bertindak dengan mengenakan denda yang membebankan bagi mana-mana individu yang didapati bersalah menjalankan aktiviti penebangan hutan secara tidak terkawal.Selain itu,hutan simpan harus dikekalkan untuk memelihara pokok yang berharga daripada pupus.Oleh itu,banjir kilat juga tidak akan berlaku jika kita dapat membanteras kegiatan penerokaan hutan ini disamping kepupusan pokok yang berharga dapat dielakkan.Contohnya,mengenakan hukuman penjara 5tahun bagi individu yang didapati bersalah dan denda tidak kurang RM5000.

                Manusia seharusnya tahu bersyukur dan menghargai kemajuan yang sedia ada.Faktor pembandaran sepatutnya tidak menjadi isu kepada kehidupan manusia sehinggakan alam semulajadi dijadikan korban demi memenuhi tuntutan hidup.Sungai yang dahulunya memainkan peranan yang penting kepada manusia kini,sudah lupus akibat ditimbus untuk dijadikan kawasan pembandaran bagi tujuan membina bangunan-bangunan besar dan sebagainya.Langkah yang terbaik untuk menangani ialah membuat tinjauan dari semasa ke semasa di setiap tapak projek untuk memastikan mana-mana sungai yang terdapat disekitar tapak projek ditimbus.Syarikat yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan juga seharusnya memastikan lokasi pemilihan untuk kerja pembinaan bagi proses pembandaran adalah tepat dan dikawasan yang tinggi supaya tanah bukit tidak diambil untuk menimbus kawasan rendah.

                    Menyusurlah kemana-mana pastinya mata dan telinga kita tidak akan kekok memandang iklan-iklan yang diuar-uarkan tentang amalan menjaga kebersihan.Amalan membuang sampah dimerata-rata tempat juga seharusnya sudah dapat dilupuskan.Hal ini lebih merumitkan lagi apabila kawasan longkang turut menjadi sasaran sehingga menyebabkan air tersekat.Pihak kerajaan seharusnya berusaha mewujudkan satu bentuk denda yang lebih membebankan bagi pihak yang tidak bertanggungjawab ini supaya sampah tidak lagi dibuang merata-rata.Bahaya yang timbul akibat perbuatan ini seharusnya segera diuar-uarkan agar pihak rakyat lebih berwaspada.Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan longkang juga harus dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

                 Kesimpulannya,hargailah sumber alam yang dianugerahkan kepada kita supaya kita tidak akan merasa satu kerugian yang amat besar disuatu hari nanti.Kesedaran yang jitu juga penting dan harus ada dalam diri setiap individu untuk memastikan fenomena alam khasnya banjir kilat tidak akan terus berlaku.Kita juga haruslah menyedari bahawa setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya dan kadangkala berkorban kehendak juga menjadi faktor utama penentu kesejahteraan hidup.Tragedi-tragedi yang menimpa khasnya banjir yang berlaku di Kuala lumpur suatu ketika dahulu seharusnya sentiasa diingati terutama kesan yang ditinggalkan kepada kita.

nukilan oleh,
SOLEHAH BINTI ISMAIL
208758

PENCEMARAN TANAH,

                        Menurut peraturan perintah RINO.150 tahun 2000 tentang pengendalian kerosakan tanah untuk produksi bio massa.Tanah adalah salah satu komponen bahan berupa lapisan teratas kerak bumi yang terdiri daripada bahan mineral dan organik serta mempunyai kemampuan menunjang kehidupan manusia dan makhluk hidupan lain.Difinisi pencemaran tanah ialah perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan tanah yang di sebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemaran pula terdiri daripada pencemar organic,fizik dan kimia.Keadaan dimana bahan kimia buatan manusia masuk dan mengubah lingkungan tanah alami.Pencemaran tanah juga ialah suatu zat bahaya atau beracun yang mencemari permukaan tanah,maka ia dapat menguap dan terkena air hujan lalu memasuki tanah.Pencemaran yang telah memasuki tanah kemudian dikenali sebagai zat kimia beracun.Seperti yang kita ketahui rantai makanan bermula dari tumbuhan kerana manusia,haiwan hidup dari tumbuhan.
              Punca-punca pencemaran tanah ialah pembuangan bahan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik,sisa-sisa kilang yang di buang di merata-rata tempat.Selain itu puncanya juga ialah pembuangan sampah yang yang berupa,contohnya tong plastik,bekas minuman plastik,beg plastik dan sebagainya .pencemaran tanah melalui cecair pula seperti tinja,deterjan,minyakdan cat,jika meresap kedalam tanah ia akan merosakkan kandungan air dalam tanah.Ia juga boleh membunuh mikroorganisma yang ada dalam tanah.Penggunaan racun serangga berlebihan oleh petani yang tidak mengikut piawaian yang di tetapkan juga boleh mengakibatkan pencemaran tanah ini.Penebangan pokok dan pembalakan yang berterusan oleh individu yang tidak bertanggungjawab boleh mengakibatkan hakisan tanah dan boleh meragut nyawa manusia itu sendiri.Contohnya ialah tanah runtuh di bukit antarabangsa ketika masa dulu yang telah mengorbankan empat nyawa.

               Pencemaran tanah akan memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang dicemari dengan pelbagai aktiviti manusia tidak sesuai lagi untuk menjalankan aktiviti pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang di tanam itu.Selain itu,pencemaran tanah ini juga boleh menjejaskan kesihatan dengan munculnya pelbagai penyakit yang serius dan akibatnya membawa kepada kematian.

                   Di samping itu,penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan yang sangat meluas.Selain daripada telah mengurangkan jumlah asal hutan,biodiversity dan juga hidupan liar.Penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah di negara kita.Penerbangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan hujan dan akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air terjejas.Dengan berlakunya pencemaran tanah ini susah untuk kita mencari bekalan air yang bersih suatu hari nanti dan air yang diminum nanti bakal menjejaskan kesihatan manusia.

                Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar.Pembalakan haram yang berlaku secara berleluasa akan mengakibatkan kesan buruk keatas tanah.Contohnya berlaku hakisan tanah,perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan boleh berlaku banjir kilat.

                   Oleh itu,pelbagai langkah perlu di ambil oleh kita semua dan juga pihak berkuasa bagi mengatasi pencemaran tanah ini. Pihak kerajaan terutamanya perlulah mengawal aktiviti pembinaan,perlombongan dan juga pembalakan.Selain itu,mengadakan kempen kesedaran pada semua rakyat Malaysia betapa pentingnya menjaga alam sekitar.

                 Di sini saya boleh simpulkan kita sebagai manusia yang mandiami alam ini perlulah menghargai tanah yang telah kita duduki ini. Jikalau tiada tanah maka tiada lah manusia di alam ini. Oleh itu,pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan penting dalam hal ini dengan mengenakan kompaun yang tinggi kepada aktiviti pembalakan haram ini contohnya.Oleh yang demikian hargailah alam sekitar yang kita diami sekarang ini.

nukilan oleh,
SHARIFAH SUHAILA BT SUHAIMI
208797

18.8.10

PENCEMARAN UDARA,

                        Era globalisasi kini menjanjikan seribu kemelut yang membimbangkan terutamanya masalah alam sekitar. Pencemaran alam sekitar boleh dibahagikan kepada beberapa komponen. Antaranya pencemaran udara. Jenis-jenis pencemaran udara adalah seperti karbon karbon monoksida., oksida nitrogen, oksida sulfur dan CFC. Jenis-jenis gas inilah yang menyumbang peratusan yang tinggi kepada berlakunya pencemaran udara. Mengikut sumber Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad Eddiplex Sdn Bhd 1996, definisi pencemaran udara adalah sebagai gas yang terdapat di permukaan udara, cecair atau zarah yang terkandung di udara. Fenomena ini boleh menyebabkan terjadinya perubahan dalam cuaca seperti masalah jerebu, kabus, dan sebagainya.

              Menurut Sumber Pencemaran Alam sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad Eddiplex Sdn Bhd juga mengatakan bahawa pencemaran udara boleh dibahagikan kepada dua iaitu Pencemaran Udara Primer dan Pencemaran Udara Sekunder. Pencemaran udara Primer menghasilkan Sulfur monoksida dan Karbon monoksida yang berlaku disebabkan oleh pembakaran yang tidak lengkap. Hal ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Gas seperti ini selalunya dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan perindustrian dan penggunaan dapur arang atau kayu. Selain itu, pencemaran udara sekunder merupakan tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

          Pelbagai punca yang mengakibatkan berlakunya pencemaran udara. Antaranya adalah disebabkan oleh pelepasan asap kenderaan. Alaf baru kini memperlihatkan banyak kenderaan bermotor yang terdapat di pasaran pada hari ini, dengan mempamerkan bentuk,saiz, dan warna sudah tentulah dapat menarik minat masyarakat untuk membeli dan menggunakan kenderaan sebagai keperluan harian. Apatah lagi masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan pengangkutan bermotor seperti kereta, lori, bas dan keretapi. Namun begitu, tidak semua pemandu mahupun mereka yang tidak mempunyai kenderaan mengetahui bahawa setiap pergerakan kenderaan bermotor menggunakan tenaga yang banyak dan tanpa disedari sebenarnya hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil yang menghasilkan asap dan bunyi. Oleh itu, bagi memeliharakan alam sekitar ini terutama sekali mengurangkan pencemaran udara daripada berlaku, tahap kebersihan perlulah dijaga dan dipertingkatkan. Hal ini disebabkan oleh kualiti persekitaran adalah bergantung kepada keadaan setempat, lebih-lebih lagi sektor pengangkutan yang digunakan merupakan penyumbang kepada berlakunya pencemaran udara.

                Punca yang berikutnya adalah disebabkan oleh asap-asap yang dilepaskan oleh kilang-kilang atau dikenali sebagai proses industri. Proses industri boleh mendatangkan kesan negatif terhadap udara kerana berlakunya penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang asbestos, kilang simen, kilang bateri kereta dan kilang papan atau kilang kayu balak. Ada sebahagian daripada kilang papan ini memasang cerobong bagi tujuan melakukan proses perkilangan sehingga menghasilkan kepulan asap yang mengandungi jenis-jenis pencemaran udara. Ada sebahagian pengilang ini hanya ingin melakukan proses industri mereka semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab memelihara alam sekitar. Apatah lagi kekurangan pemantauan pihak berkuasa menyebabkan pengilang-pengilang ini tidak mengikut piawai atau standard yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menjaga alam sekitar ini.

             
                Punca yang seterusnya adalah pembakaran di tempat pelupusan. Hal ini boleh mengakibatkan berlakunya pencemaran udara kerana berlakunya pembakaran terbuka di kawasan bandar. Sebagai contoh, kekurangan tempat pelupusan sampah di kawasan bandar adalah terhad kerana lebih tertumpu kepada kemudahan-kemudahan infrastruktur dan perumahan. Oleh itu, bagi menangani masalah kekurangan tempat pelupusan ini, mereka mencari jalan mudah dengan melakukan pembakaran di tempat pelupusan secara terbuka bagi mengurangkan lambakan sampah di kawasan terbabit. Akibatnya, pencemaran udara akan berlaku disebabkan oleh asap yang terlalu banyak dihasilkan adalah mengandungi karbon monoksida. Pembakaran hutan di kawasan yang luas juga boleh menjadi punca berlakunya pencemaran udara.

                 Punca yang seterusnya adalah masalah pelepasan habuk yang tersebar melalui udara. Contohnya ada sebahagian masyarakat yang melakukan aktiviti seharian mereka dengan melakukan aktiviti seharian mereka dengan melakukan pembakaran sisa kayu bagi membersihkan kawasan mereka tanpa mengambil kira kesan terhadap alam sekitar. Bagi aktiviti pertanian iaitu penanaman padi,mereka akan melakukan proses sekam padi selepas menuai padi. Mereka tidak sedar bahawa habuk daripada aktiviti tersebut akan tersebar melalui udara. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang melakukan aktiviti sampingan seperti membakar sampah, memasak menggunakan arang batu dan kayu serta merokok. Hal ini sebenarnya menyumbang kepada berlakunya pencemaran udara.

              Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai kesan negatif pencemaran udara. Antaranya adalah menganggu kesihatan manusia sehingga mewujudkan pelbagai penyakit dalam kalangan masyarakat. Udara yang tidak sihat ini akan masuk ke dalam sistem pernafasan. Gas, cecair dan zarah seperti karbon monoksida yang terkandung di udara ini akan meracuni sistem oksigen dalam darah yang akan melambatkan tindak balas manusia sehingga menyebabkan manusia berasa mengantuk, penyakit lelah, mengurangkan fungsi paru-paru, penyakit kekejangan, barah, asma dan anemia. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara dan ini adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

            
                       Kesan yang seterusnya adalah terhadap keadaan di persekitaran. Habuk-habuk yang terdapat di sekeliling akan mencacatkan keadaan di persekitaran dan menjejaskan reputasi sesebuah kawasan yang menjadi tumpuan pelancongan. Sampah sarap dan sisa-sisa makanan yang dibuang di merata-rata tempat turut menimbulkan bau yang kurang menyenangkan dan seterusnya membataskan pergerakan masyarakat yang tinggal di kawasan terbabit kerana kawasan persekitaran yang kotor. Selain itu, masyarakat yang melakukan aktiviti pembakaran haram akan menyebabkan kawasan tersebut diselaputi dengan asap tebal dan seterusnya jerebu akan berlaku. Akibatnya, penglihatan pemandu menjadi tidak jelas dan besar kemungkinan kemalangan akan berlaku.

                Kesan yang terakhir dapat dilihat melalui hasil pertanian atau flora. Tumbuhan memerlukan oksigen untuk hidup dengan subur. Sekiranya udara lebih banyak terkandung dengan bahan-bahan pencemar, hasil pertanian atau tumbuhan tersebut menjadi tidak produktif dan terjejas. Hal ini turut menyebabkan tumbuhan tersebut mengalami kerosakan seperti nekrosis atau keguguran daun, klorosis atau pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut. Oleh itu, negara akan berhadapan dengan kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk akan terjejas. Masyarakat juga sukar memperoleh sayur-sayuran yang berkualiti sebagai makanan seharian.

                 Kedaluwarsa, kita sebagai masyarakat yang prihatin haruslah menjaga alam sekitar ini dengan rasa tanggungjawab dan cinta terhadap alam flora dan fauna yang terdapat di bumi ini. Kita seharusnya menghayati dan mensyukuri segala nikmat keindahan yang dicipta oleh Maha Pencipta ini. Kita janganlah alpa untuk menjaga kebersihan dan keindahan alam kerana suatu saat nanti manusia akan menerima balasan bagi setiap apa yang dilakukan terhadap muka bumi ini.

nukilan oleh,
SYAHIRASYA BT MOHD SHAH
208759

PENCEMARAN AIR,


          Fenomena pencemaran alam sekitar tidak pernah lekang. Air merupakan anugerah yang tidak ternilai dan juga merupakan salah satu keperluan asas yang penting kepada manusia. ‘ Pencemaran air’ boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai atau laut yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Pencemaran ini menjadi semakin serius kerana isu ini masih dipandang ringan. Kerajaan pernah mengadakan kempen seperti ‘Cinatilah Sungai Kita’ tetatpi tidak mendapat sambutan yang diinginkan daripada seluruh lapisan masyarakat. Justeru, fenomena ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor.

                Salah satu punca permasalahan ini ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam sungai atau laut. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan kualiti atau pH air sungai tersebut. Sebagai contoh, industry memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut. Bahan kimia, asid dan bahan organik seperti nutrient, bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut. Natijahnya, habitat dan kualiti kehidupan akuatik seperti ikan, rumpai laut akan menurun kerana keadaan sungai yang kekurangan oksigen dan tercemar tidak sesuai untuk hidupan-hidupan air tersebut. Hal ini berlaku apabila golongan yang tidak bertanggungjawab ini mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai dengan alas an mereka tidak perlu menanggung kos pelupusan dan tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam laut atau sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap mementingkan diri sendiri ini perlu dikikis demi kepentingan dan kesejahteraan bersama.

                 Punca kedua yang mendorong kepada fenomena ini ialah penerokaan. Penerokaan kawasan baru untuk dimajukan dan dinaikkan untuk membina rumah atau bangunan yang dijalankan menyebabkan hakisan tanah yang berlaku. Sebagai contoh, sesetengah pihak melakukan penerokaan di kawasan hutan, bukit bukau, batu kapur. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kecacatan struktur keindahan muka bumi malahan juga boleh menyebabkan tanah runtuh. Tanah runtuh tersebut kan masuk ke dalam sungai menjadi mendakan. Oleh itu, mendakan ini akan mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku. Masalah mendakan inilah merupakan penyumbang kepada salah satu faktor terjadinya banjir.

              Selain itu, bidang pertanian juga boleh menjadi salah satu faktor fenomena pemcemaran air ini. Hal ini boleh berlaku apabila pengilangan hasil-hasil pertanian boleh mengalirkan banyak bahan kimia cecair ke dalam sungai-sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan selalunya akan dibuang ke dalam sungai. Penggunaan baja dan pestisid yang digunakan untuk membunuh haiwan perosak boleh mencemarkan ketulenan air. Bahan kimia tersebut akan menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan hidupan air. Hal ini disebabkan kerana hidupan air tidak mendapat pengudaraan dan pengcahayaan yang secukupnya. Oleh itu, habitat hidupan air sekaligus terjejas.

                       Setiap permasalahan pasti ada cara untuk mengatasi dan membendungnya. Salah satu kaedah untuk mengatasi fenomena ini ialah kempen kesedaran melalui iklan di media cetak mahupun media elektronik. Masyarakat yang mempunyai sikap ‘tidak apa’ perlu ditangani. Melalui media-media sebegini, sebagai contoh menayangkan iklan-iklan kesedaran, sedikit sebanyak memepengaruhi masyarakat untuk berubah dan tidak mementingkan diri sendiri. Hal ini dsebabkan, melalui iklan mereka akan nampak dengan lebih jelas implikasi-implikasi yang akan terjadi sekiranya mereka terus mengamalkan sikap sambi lewa dan terus membuang bahan-bahan buangan dengan sengaja ke dalam sungai dan laut tanpa rasa bersalah. Kita harus memikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat pada hari ini.

                  Di samping itu, pemantauan yang serius perlu dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar dari semasa ke semasa. Sekiranya tidak ada rancangan berkesan untuk memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, masyarakat di negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Sebagai contoh, penghuni rumah di tepi sungai berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Oleh itu, jika pihak yang bertanggungjawab mengambil mudah akan perkara ini, masalah ini akan menjadi lebih serius dan sungai di negara kita akan berada dalam kondisi yang semakin teruk. Pihak yang berwajib boleh membuat pemantauan yang kerap di kawasan tepi sungai dan mengenakan denda yang maksimum sekiranya ternampak masyarakat yang membuang bahan buangan ke dalam sungai. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masyarakat daripada terus membuang sampah ke dalam sungai.

                   Kesimpulannya, kesedaran menghargai ,menjaga kualiti, perasaan cinta akan sungai mahupun laut dan prihatin terhadap persekitaran alam patut didedahkan kepada murid sejak di bangku sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar terutamanya memelihara kebersihan air. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai dan laut dipelihara supaya terus bersih. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing supaya sungai dan laut kita supaya tidak tercemar dengan teruk pada masa akan datang dan kita perlu sentiasa ingat air merupakan anugerah istimewa daripada tuhan yang tidak terhingga.

nukilan oleh,
SITI NABIHAH BINTI MOHD RADZI
208761

PENCEMARAN BUNYI,

 

                Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memekakkan telinga merupakan definisi bagi pencemaran bunyi.Bunyi persekitaran merupakan bunyi hasilan yang mengganggu keseimbangan hidup hidupan di bumi.Ini berlaku apabila pengeluaranbunyi di tempat atau kawasan yang tidak bersesuaian.Contohnya pengeluaran bunyi oleh mesin,haiwan dan aktiviti manusia yamg mengganggu ketenteraman.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 desibel(dB).Pencemaran dapat di klasifikasikan kepada empat jenis iaitu selenjar,fluktasi, hentakan impuls dan selang-seli.Kebisingan selenjar ialah yang selar dan kurang daripada tiga decibel.Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan perlahan.Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah.Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar denganlebih cepat daripada kebisingan selenjar.Getaran gelombang adalah sekitar tiga decibel sahaja.Contohnya bunyi enjin kenderaan dan oramg sedang bercakap.


                     Hentakan impuls pula bunyi yang lebih intensif dalam tempoh yang singkat.Contohnya bunyi tembakan,ketukan dan lagaan daripada benda yang keras.Pada kebiasaanya tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat.Pada tahap ini intensif bunyi adalahmelebihi 80 Db kemudian gelombang bunyi kan menurun.Akan tetapi intensif masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.Kebisingan selamg-seli pula berlaku secara berselang-seli.Ianya dahasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka nasa yang pendek.Contohnya ketika seseorang menggergaji kayu,getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan tidak akan berlaku apanila gergaji kayu itu dihentikan.Semasa gaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.


                Punca-puca pencemaran bunyi dapat dikaitkan dengan pembinaan di tapak kawasan industry yang mana memproses material,menggunakan mesin dan kenderaan. Kawasan petempatan juga mengeluarkan bunyi daripada cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunn-bangunan tinggi. Kenderaan awam dan persendirian juga mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga.Kuari juga mengekuarkan bunyi akibat aktiviti pemecahan batu.

             Antara kesan-kesan pencemaran bunyi ialah mewujudkan pelbagai penyakit .Selain itu, pencemaran ini juga menyebabkan gangguan psikologi iaitu rimas,agresif hipertasi,tahap tekanan tinggi,kehilangan pendengaran gangguan tidur dan kesan buruk lain.Lebih lanjut lag,tekanan dan hipertasiadalah menyebabkan seseorang mengalami masalah dengan daya ingatan,takanan terukdan kadang kala serangan panik.Bunyi juga akan menjejaskan produktiviti serta gangguan psikologi.Ada juga manusia atau haiwan yang akan hilang imbangan diri dan pekak.Yang terakhir.ialah kesan kepada ibu yang mengandung.

                   Pendedahan yang kronik kepada bunyi bising mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran akibat bising.Lelaki beruia yang terdedah kepada bising pengilangan menunujukkan statistik jelas pengurangan sensitif pendengaran berbanding sejawat yang tidak trdedah. Perbandingan dengan puak Maaban di Ghana yang tidak begitu terdedahkepada kebisingan pengangkutan atau perkilangan berbanding penduduk Amerika Syarikat biasa menunjukkan bahawa pendedahan kronik kepada bising perseitaran yang menyumbang kepada kehilangan pendengaran.

                      Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam tinggal mampu menyebabkan peningkatan statitik darah pada tekanan darah dari lima hingga 10poin.Peningkatan tekanan perasaan dan ‘vasoconstriction’mendorong kepada peningkatan tekan darah.Pencemaran bunyi merupakan punca gangguan orang ramai.Kajian oleh penyldik Sepanyol medapati bahawa penghuni kawasan bandar sanggup membayar sekitar empat Euro setiap desibel setahun bagi pengurangan bunyi.

                 Antara sumber-sumber kebanyakan bunyi adalah di luar rumah seperti sistem pengangkutan.bunyi kenderaan,kapal terbang dan kereta api.Sumber lain pula ialah,penggera kereta,mesin pengilangan.kerja sistem perkihdmatan,perkakasan pejabat ,kerja pembinaan,salakan anjing,dan alat pembesar suara dan orang bising.

 

nukilan oleh,
SITI ZAINAB BT MAHMUD
208780

PEMANASAN GLOBAL,

          Pemanasan global merupakan fenomena dimana meningkatnya suhu dunia di rata-rata permukaan bumi sebagai akibat meningkatnya jumlah emisi gas rumah hijau di atmosfera. Perubahan iklim global juga merupakan akibat daripada peristiwa meningkatnya intensitas impak rumah hijau yang terjadi karana adanya gas dalam atmosfera yang menyerap sinaran matahari iaitu sinar infra merah yang dipancarkan oleh bumi.Pemanasan global juga boleh didefinisikan sebagai fenomena alam dimana berlakunya ketidakseimbangan suhu dunia .



           Pemanasan global boleh berlaku disebabkan oleh beberapa sebab ,antaranya ialah disebabkan oleh kesan rumah hijau atau juga dikenali sebagai rumah kaca . Bumi kita bersuhu purata diantara 15 darjah celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin. Kehadiran ‘gas rumah hijau’yang terdiri daripada gas-gas beracun seperti karbon dioksida dan lain–lain gas menyebabkan penyerapan cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas rumah hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah karbon dioksida Kehadiran gas-gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktiviti manusia sendiri untuk pembangunan.



             Antara punca lain berlakunya pemanasan global ialah disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan hutan batu dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi.Aktiviti pembersihan hutan contohnya seperti pembalakan haram secara meluas untuk tujuan pembagunan pembinaan tempat kediaman,pusat-pusat aktiviti manusia dan sebagainya mampu member impak kepada alam.Aktiviti pembersihan hutan secara tidak langsung menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan jumlah bekalan oksigen di bumi dan mempertingkatkan jumlah bekalan gas karbon dioksida di bumi .Karbon dioksida di bumi ini mengakibatkan suhu bumi meningkat kerana ketiadaan oksigen yang mencukupi untuk mengimbangkan keadaan bumi.

           Pemanasan global turut mendorong kepada beberapa kesan yang amat mujarab dari pelbagai aspek seperti kesihatan manusia.Ini kerana penipisan lapisan ozon menyebabkan pancaran sinaran matahari ultra uv terus memantul ke bumi dan member impak serius kepada manusia.Seperti yang diketahui, sinaran ultra uv boleh menyebabkan manusia mendapat penyakit kulit sehingga menyebabkan kanser kulit.Kanser kulit ini terjadi apabila sinaran matahari memancar terus ke bumi dan menghakis kulit manusia.Pemanasan global turut menyumbang kepada penyakit katarak mata akibat daripada jerebu yang melanda bumi kita dimana manusia mengalami kesukaran untuk melihat dengan jelas.



          Selain itu pemanasan global turut secara btidak langsung menyebabkan berlakunya hujan asid. Hujan asid merupakan suatu fenomena dimana kandungan asid di dalam air hujan mampu memberi impak negatif kepada alam sejagat. Hujan asid yang mengandungi bahan-bahan beracun seperti gas karbon dioksida,kloroflorokarbon,gas mentena dan lain-lain mampu menghakis dan merosakkan bagunan-bagunan,permukaan besi dan sisa bahan konkrit.Hujan asid turut mampu memberi impak kepada kehidupan akuantik dimana kehidupan akuantik tidak mendapat oksigen yang mencukupi untuk bernafas.apabila lapisan atas permukaan air ditutupi lapisan gas- gas beracun.Air- air takungan turut terjejas dan mengakibatkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia yang mampu meragut nyawa manusia Pekara ini secara tidak langsung menyebabkan kualiti kehdupan manusia serta flora dan fauna terjejas dan memberi kasan kepada kaseimbangan rantai makanan.

               Tambahan pula kesan yang paling ketara akibat pemanasan suhu dunia ialah tahap pencairan ais di kutub utara Kajian menunjukan bahawa ketulan –ketulan ais dan salji di kutub utara telah pun menetapkan kecairan sehingga 75 peratus daripada keseluruhanya.Pencairan ketulan ais itu sendiri mampu mengakibatkan berlakunya bencana alam seperti banjir,ribut taufan. Kejadian banjir berlaku disebabkan kenaikkan paras air laut secara mendadak.Ini sacara langsung member impak kepada hidupan laut, dan flora serta fauna yang hidup di sekeliling laut Suatu kajian yang dilakukan oleh sarjana barat menunjukkan penerusan pencaiaran ais di kutub utara turut mampu menenggelamkan beberapa buah negara yang terdapat di kepulauan seperti negara Australia.

             Antara langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan pemanasan bumi ialah dengan mengurangkan aktiviti manusia yang rakus seperti pembalakan haram,pembersihan hutan secara meluas ,pembakaran terbuka,penggunaan bahan –bahan beracun seperti penggunaan bahan kloroflorokabbon dan sebagainya.Manusia juga haruslah mempunyai kesedaran tentang kepentingan alam ini dan menjaga alam ini agar dapat hidup dngan selamat.Pendidikan tentang kesedaran dan klepentingan alam turut dapat banyak membantu manusia tentang keperihalan alam ini.

              Oleh yang demikian kita sebagai manusia mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam memelihara alam sekitar kita agar tidak musnah begitu sahaja Kita haruslah mempunyai insiatif dan sedar akan tanggungjawab kita dan bersedia untuk sama-sama berganding bahu dalam mengurangkan masalah pemanasan global ini.Ini kerana tindakan kita ini akan memberi peluang kepada generasi akan datang untuk menjaliani kehidupan yang lebih sihat dan harmoni berbanding kita sekarang.

nukilan oleh,
DEVIKA A/P GUNASEGARA
208775

HAKISAN TANAH,

HAKISAN TANAH: SATU MASALAH YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

        Dewasa kini, hakisan tanah yang berlaku di negara-negara Asean begitu membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Setiap tahun, berjuta-juta tanah dipercayai hanyut begitu sahaja ke laut disebabkan oleh hakisan air hujan. Maksud hakisan adalah mengikis permukaan tanah, batu dan lain-lain yang disebabkan oleh air dan angin. Keadaan ini dipengaruhi oleh iklim negara-negara Asean yang memang lembap dan hujan lebat turun sepanjang tahun. Seandainya masalah kehilangan tanah tidak diatasi dengan segera, ia mungkin akan membawa kepada bencana banjir, kekurangan tempat takungan air, atau mungkin juga mengurangkan pengeluaran sumber makanan.

          Tanah sangat berharga kepada manusia kerana ia mengandungi bahan-bahan yang amat diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan yang sihat dan bermutu. Malaysia seperti kebanyakan negara-negara membangun yang lain tidak terkecuali daripada mengalami masalah kehilangan jumlah tanah yang besar akibat daripada hakisan.

Menurut kajian yang dijalankan, Malaysia kehilangan 300 000 hektar tanah setiap tahun dan lebih daripada empat tan tanah setiap hektar. Jika perkara ini berterusan, sudah tentu suatu hari nanti Malaysia akan kehabisan tanah untuk menjalan kegiatan penting seperti pertanian.

Hakisan berlaku terutamanya di kawasan-kawasan perumahan, perlombongan, pertanian, perhutanan, lebuh raya dan lain-lain. Kegiatan yang dijalankan di kawasan itu semuanya membabitkan penggunaan tanah. Penggunaan tanah yang tidak teratur boleh menyebabkan banjir yang boleh menghakis lapisan tanah yang subur dan mengurangkan hasil pengeluaran.

Kebanyakan tanah yang hilang dari kawasan itu adalah disebabkan penggunaannya tidak mengikut beberapa peraturan yang mudah untuk mengawal pembaziran tanah. Air adalah punca utama hakisan terjadi dengan begitu banyak dan teruk. Pembangunan kawasan-kawasan perumahan menyebabkan banyak tanah terhakis.  Banyak pokok kayu yang berharga juga turut musnah akibat kegiatan ini.

               Beberapa kawasan perumahan mengalami suhu yang tinggi kerana ketiadaan pokok dan tumbuh-tumbuhan yang dapat menyejukkan kawasan sekeliling daripada sinaran matahari. Air dari kawasan perumahan akan mengalir ke kolam penahanan lumpur, dan hanya air bersih yang dilepaskan ke anak sungai yang berdekatan. Dengan cara itu, pencemaran dan hakisan tanah dapat dikurangkan. Bagaimanapun, kolam di kawasan perumahan adalah kolam yang dikorek dan ini menjadi masalah kerana perbelanjaan menggali kolam itu sangat tinggi. Menurut kajian, lapisan tanah mengambil masa yang lama untuk membentuk. Adalah merugikan sekiranya sumber yang kaya dihanyutkan oleh hujan setelah mengambil masa yang lama untuk membentuk.
          Menurut jurucakap Jabatan Perancang Bandar, satu cara untuk mengurangkan hakisan tanah ialah dengan menanam pokok-pokok yang sesuai dengan kandungan tanah. Contohnya, tanah di sekitar bangunan kerajaan di Damansara amat ringan dan lebih sesuai ditanam dengan pokok yang ringan dan tinggi supaya tidak mudah terhakis oleh hujan lebat. Menurutnya, tanah di lereng paling mudah terhakis. Jadi, rumput perlu ditanam secara sistematik untuk menahan tanah diseret oleh air. Tanah di lereng bukit harus ditanam secara kontur untuk mengurangkan tindakan hakisan tanah. Kadangkala penahanan atau tembok dibina untuk menahan tanah daripada dihakis dan dihanyutkan oleh air hujan.

       Pada masa dahulu, para petani tidak mengetahui bagaimana untuk mengurangkan hakisan tanah yang berlaku di ladang-ladang mereka. Kini, dengan adanya penyelidikan dan kajian saintifik, disertai dengan pengetahuan yang lebih, para petani telah diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membajak dan menanam dengan lebih cermat supaya tanah tidak mudah terhakis dan dihanyutkan oleh air hujan.

      Kesimpulannya ,kawasan perumahan kini dikaji dengan lebih teliti bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah yang berkaitan dengan tanah. Dengan adanya langkah-langkah positif yang diambil untuk mengurangkan masalah hakisan tanah, maka diharapkan pada masa akan datang kita tidak akan mengalami masalah kekurangan tanah yang berharga itu. Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar, beliau berharap lebih ramai orang akan menyedari implikasi hakisan tanah dan menjadi harapan Jabatan Alam Sekitar agar orang ramai turut bekerjasama mengatasi masalah hakisan tanah.

nukilan oleh,
MALIK AZIM B. MOHAMAD NOR ANUAL
208759