20.8.10

BANJIR KILAT,

          Secara umumnya, banjir kilat boleh di definisikan sebagai satu fenomena alam yang terjadi akibat daripada kerakusan perbuatan manusia.Fenomena ini di katakan satu fenomena yang amat dahsyat apabila meragut ribuan nyawa.Banjir kilat kebiasaannya berlaku di kawasan-kawasan bandar seperti Kuala Lumpur,Shah Alam,Kota Bharu,Georgtown dan sebagainya.Statistik menunjukkan,jumlah kadar kematian akibat terjadinya bencana alam khasnya banjir kilat adalah meningkat setiap tahun khasnya melibatkan nyawa kanak-kanak.Oleh itu,Perdana Menteri Malaysia,Datuk Sri Najib Bin Tun Abdul Razak menyeru semua pihak khasnya penduduk di negeri-negeri yang di kenalpasti berpotensi besar di landa banjir untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan terjamin apabila tibanya musim banjir kilat melanda.

             Faktor-faktor terjadinya banjir antaranya ialah aktiviti penebangan hutan yang tidak terkawal.Apabila kawasan hutan di terokai permukaan bumi menjadi gondol akibat tidak diliputi oleh sebarang tumbuh-tumbuhan.Natijahnya hujan lebat yang melanda akan menyebabkan hakisan tanih terjadi dan tanih akan menjadi tandus.Hujan yang lebat akan menyebabkan tanih-tanih yang terhakis dibawa ke dalam sungai dan berlakunya mendapan sungai seterusnya membawa kepada masalah banjir akibat sungai menjadi cetek.


Selain itu, proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan dipermodenkan. Kawasan tanah rendah ditebus guna dengan mengambil tanah daripada kawasan bukit.Hal ini menyebabkan sungai yang berdekatan ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Jika dahulu anak sungai dijadikan kawasan aliran air, kini tersekat.Hujan yang lebat akan menyebabkan sungai yang cetek tidak dapat menampung jumlah air yang banyak akibat hakisan.Natijahnya,air sungai akan melimpah ke tebing dan banjir akan terjadi.Contohnya,faktor berlakunya banjir di klang ialah apabila sungai Klang tidak lagi dapat menampung air yang banyak akibat kedalaman sungai yang semakin cetek di sebabkan proses pembandaran.Contohnya,pembinaan pusat membeli belah terkemuka Tesco diMergong mengundang konflik apabila dikenalpasti mendatangkan masalah kapada kawasan tanah perkuburan berdekatan.
                   Faktor yang seterusnya yang menyebabkan terjadinya banjir kilat ialah sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah dimerata tempat termasuklah didalam longkang.Longgokan sampah yang banyak menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan tersekat.Air tidak dapat mengalir dengan lancar akibat dihalang oleh sampah.natijahnya,apabila musim hujan,air tidak dapat mengalir terus ke sungai berdekatan malah lebih merumitkan keadaan apabila berlakunya banjir.kawasan berdekatan juga akan turut sama terjejas.Contohnya,penduduk-penduduk yang tinggal dikawasan luar bandar,kesedaran akan kesan akibat pembuangan sampah dimerata tempat adalah kurang,jadi mereka memilih alternatif mudah iaitu dengan hanya membuang sampah kedalam longkang dan sebagainya tanpa mengira akibat daripada perbuatan mereka.

                    Jadi langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil untuk mengelakkan kejadian ini terus berulang dan mengancam nyawa bukan sahaja manusia malah seluruh makhluk alam,aktiviti penebangan hutan secara besar-besaran haruslah segera dihentikan.Pihak yang bertanggungjawab haruslah segera bertindak dengan mengenakan denda yang membebankan bagi mana-mana individu yang didapati bersalah menjalankan aktiviti penebangan hutan secara tidak terkawal.Selain itu,hutan simpan harus dikekalkan untuk memelihara pokok yang berharga daripada pupus.Oleh itu,banjir kilat juga tidak akan berlaku jika kita dapat membanteras kegiatan penerokaan hutan ini disamping kepupusan pokok yang berharga dapat dielakkan.Contohnya,mengenakan hukuman penjara 5tahun bagi individu yang didapati bersalah dan denda tidak kurang RM5000.

                Manusia seharusnya tahu bersyukur dan menghargai kemajuan yang sedia ada.Faktor pembandaran sepatutnya tidak menjadi isu kepada kehidupan manusia sehinggakan alam semulajadi dijadikan korban demi memenuhi tuntutan hidup.Sungai yang dahulunya memainkan peranan yang penting kepada manusia kini,sudah lupus akibat ditimbus untuk dijadikan kawasan pembandaran bagi tujuan membina bangunan-bangunan besar dan sebagainya.Langkah yang terbaik untuk menangani ialah membuat tinjauan dari semasa ke semasa di setiap tapak projek untuk memastikan mana-mana sungai yang terdapat disekitar tapak projek ditimbus.Syarikat yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan juga seharusnya memastikan lokasi pemilihan untuk kerja pembinaan bagi proses pembandaran adalah tepat dan dikawasan yang tinggi supaya tanah bukit tidak diambil untuk menimbus kawasan rendah.

                    Menyusurlah kemana-mana pastinya mata dan telinga kita tidak akan kekok memandang iklan-iklan yang diuar-uarkan tentang amalan menjaga kebersihan.Amalan membuang sampah dimerata-rata tempat juga seharusnya sudah dapat dilupuskan.Hal ini lebih merumitkan lagi apabila kawasan longkang turut menjadi sasaran sehingga menyebabkan air tersekat.Pihak kerajaan seharusnya berusaha mewujudkan satu bentuk denda yang lebih membebankan bagi pihak yang tidak bertanggungjawab ini supaya sampah tidak lagi dibuang merata-rata.Bahaya yang timbul akibat perbuatan ini seharusnya segera diuar-uarkan agar pihak rakyat lebih berwaspada.Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan longkang juga harus dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

                 Kesimpulannya,hargailah sumber alam yang dianugerahkan kepada kita supaya kita tidak akan merasa satu kerugian yang amat besar disuatu hari nanti.Kesedaran yang jitu juga penting dan harus ada dalam diri setiap individu untuk memastikan fenomena alam khasnya banjir kilat tidak akan terus berlaku.Kita juga haruslah menyedari bahawa setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya dan kadangkala berkorban kehendak juga menjadi faktor utama penentu kesejahteraan hidup.Tragedi-tragedi yang menimpa khasnya banjir yang berlaku di Kuala lumpur suatu ketika dahulu seharusnya sentiasa diingati terutama kesan yang ditinggalkan kepada kita.

nukilan oleh,
SOLEHAH BINTI ISMAIL
208758

1 comment:

Zaini Jay said...

good article to read, thumbs up to u :)